Jom melawat Zoo Johor

Ok…sambung lagi percutian di Johor…..hehehe

Bila dah ikut myIR g kerja.. maka, tinggal la kami anak beranak di hotel… eh, mana leh jadi.. saya pun merancang sendiri nak ke Zoo Johor…. jadi sy google dalam internet, dekat jer Zoo Johor dari Puteri Pacific ni….

Jadi tahan la teksi menuju ker Zoo Johor…

Harga di kenakan hanya RM5 jer dari Puteri Pacific ke Zoo Johor…. tgk dalam peta tak sampai kot 15 minit kalau naik kereta…

 

Dah sampai juga Zoo johor kan…. Zoo Negara kat KL dah pergi.. apa salah nya kita melawat zoo negeri lain kan?

Murah jer bayaran masuk ke Zoo Johor… RM 2.00 untuk dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun RM1.00

Tapi masa saya datang.. saya hanya di kenakan dalam RM 3.00 aja…tak tahu kenapa dia charge gitu aja… tak perla.. rezeki namanya kan…hehehe

Ok tak mahu citer banyak.. meh layan gambar sepanjang di Zoo Johor ni…..

Bergambar bersama KELDAI

Bergambar bersama SINGA

Huzaiman buat peace bersama LEMBU,…..

Dik… lembu belakang kampung banyak kot… tu pun nak bergambar…hahaha

Beramah mersa bersama UNTA….

Dapat beri makanan pada unta…. sayur tu kene bayar RM2.00 tau…heheheh

Posing jer mana yang sempat……

Ada banyak kedai makan dan juga cenderahati di jual…

Sempat gak la makan dan minum di situ… jumlah makan minum dalam RM20.00 untuk saya dan anak2… apa makan jangan di tanya ok..hahaha

Jangan lupa pergi ke Wetlands…

Tempat binatang yang suka ngan air.. seperti……..

Badak berendam atau HYPPO……..

Punya la lembab dia jalan yek…. besar gillllllerrr…. jenuh tengok dia berjalan…

Tapi kejap jer dia duk luar.. pastu masuk balik dalam kolam tuk berendam…hik3

ok… dah penat berjalan…

masa untuk pulang……..

Masa nak balik tu… tengok ramai pula yang baru datang…

Tapi eok pergi pagi2.. x la panas sangat kan.. redup jer…hehehe

Balik hotel dulu, mandi dan tukar baju.. kemudian pergi balik ke Kotaraya untuk makan petang merangkap malam….

Sampai hotel balik..semua dah kepenatan kan…hehehe

Jadi pada yang ke Johor, jangan lupa singgah ke Zoo Johor tau… bawa anak-anak berjalan…

Zoo Johor
Jalan Gertak Merah,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Waktu melawat : 8.30 pagi – 6.00 petang (Setiap Hari)
Bayaran : RM2.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply