Menjamu selera di Restoran A Hassan (Ayam Kampung), Desa Pinggiran Putra

Hari tu berkesempatan g jalan-jalan cari makan jauh sikit… eleh.. tak la jauh mana kalau duk area Putrajaya ke Dengkil @ Cyberjaya @ Desa Pinggiran Putra… semuanya bersebelahan jer kot…hahahaha

Duduk Putrajaya ni kene pandai cari port makan best.. cuma sediakan duit dn kereta jerla…hahahaha

Hari tu member ajak makan luar.. ke Desa Pinggiran Putra… emm.. kit ani ngikut jerla.. dah orang bawakan…hahaha…

Bila dah sampai… oooo ok tempat ni lom pernah makan walaupun pernah la g Desa Pinggiran Putra ni nak cari port makan kan…

Bila sebut jer Hassan… terus teringat ayam kampung Hassan yang popular kat Veldrom Cheras tu… sekarang dah ada yang kat Bandar Baru Bangi… adakah sama kedai ni dengan yang lain? hahahaha

Antara menu-menunya….

Banyak lauk pauk kampung jer… macam2 la ada…

Kerepek-kerepek pun ada jual ko…

Tinggal ambik dan bayar jerla..hahaha

Ni suasana kedai tersebut…

Ni snap pas orang serbu.. kalau tak penuh wei….jangna risau. kalau penuh kat bawah,. leh makan kat ruang atas… tak tahu la ruang atas camne ghupanya.. tak tengok pun

Popular nya kedai ni adalah kerana adanya AYAM KAMPUNG ni haaaa…..

Saya ni kurang sikit makan ayam kampung.. sesekali boleh la.. boleh tahan gak ko harganya… mahal kan. tapi isi nampak macam sikit berbanding ayam bandar…hahahaha

Siapa rajin leh la terjah kedai ni wei…

Restoran A Hassan (Ayam Kampung)
13, Jalan Pinggiran Putra 2/6,
Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Phone:+60 3-8923 1419

Okla… selamat menjamu selera yek! hehehe

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge