Program Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh 2016

Yayasan Restu dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan program Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh 2016.

Program ini dilihat sebagai usaha murni bagi mengenengahkan Malaysia Islamic Art sebagai salah satu produk pelancongan Negara disamping mempromosikan produk pelancongan yang berunsurkan Islamik di Selangor.

Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : 22 Mei 2016 – 5 Jun 2016
Masa : 09.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No. 2A Pesiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam, Selangor

Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya Pameran Khazanah Rambut Asli & Tapak Kaki Rasulullah SAW (Artifak Dinasti Mughal),

Replika Pedang Rasulullah SAW dan sahabat RA, Islamic Bookfair, Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Pertandingan Seni Khat (Musabaqah Khattul Quran), Malam Semarak Cinta Rasul, Kayuhan Basikal Shah Alam, Berkuda, Memanah, Gerai Jualan & Pameran dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik akan berlangsung.

Majlis Perasmian Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh 2016 ini akan diadakan pada 28 Mei 2016 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi.

Manakala booth Tourism Malaysia Selangor akan dibuka pada 26 Mei – 29 Mei 2016 jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam

Jempur hadir beramai-ramai semua!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge