Anugerah 3K kini dalam bentuk digital!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dutch Lady Malaysia pada 30 Mei 2016 yang lalu merasmikan Anugerah 3K 2016 dengan pelancaran laman portal baru di www.anugerah3k3c.com.my yang kini sedia untuk menerima penyertaan daripada sekolah-sekolah di seluruh negara

Program anugerah tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama rakan strategik Dutch Lady Malaysia itu bertujuan mendidik dan mengiktiraf usaha sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam meningkatkan persekitaran sekilah mereka meliputi 3 aspek utama iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan

Penglibatam syarikat tenusu berusia 53 tahun ini menerusi Projek Khas 3C iaitu Cabaran. Cergas.Ceria hasil inpirasi daripada kempen kesedaran kesihatan Drink.Move.BeStrong.

Projek khas ini bertujuan untuk mendidik dan menyemai tabiat gaya hidup di kalangan pelajar dan berkongsi kepentingan meminum susu dan melakukan aktiviti fizikal harian dalam usaha membina generasi yang kuat dan sihat.

“Dengan hanya 1 klik mudah, para guru, pelajar dan komuniti boleh mendapat akses penuh kepada semua maklumat dan bahan pendidikan berkaitan program anugerah ini. Laman portal ini juga memudahkan penyertaan serta penghantaran penyertaan oleh sekolah-sekolah, melibatkan para pelajar dalam permainan dan kuiz yang menarik serta menyediakan maklumat terkini berkenaan kemajuan program termasuk penghantaran, pemilihan hinggala pengumuman peserta akhir dan pemenang” kata YB Dato’ P.Kamanathalan – Timbalan Menteri Pendidikan I

“Sebagai penerajui pasaran dan salah satu syarikat tenusu terbesar di Malaysia, adalah tanggungjawab sosial korporat kami dalam memainkan peranan penting dengan menyokong agenda pendidikan kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlanh untuk masa depan negara, yang selaras dengan misi kami untuk membantu rakyat Malaysia bergerak ke hadapan dengan nutrisi tenusu yang dipercayai” kata Ms Saw Chooi Lee – Pengarah Urusan Dutch Lady

Program Anugerah 3K yang dimulakan pada 1991 di peringkat sekolah rendah dan menengah, terpaksa dihentikan sejak 2009 kerana memberi keutamaan kepada fenomena yang melanda negara seperi jerebu, H1N1 dan banjir.

Majlis Anugerah 3K yang diadakan baru-baru ini pada 25 Nov 2015 menyaksikan 32 pemenang peringkat kebangsaan dianugerahkan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM58, 000 dan sijil kecemerlangan dalam usaha menarik minat mereka untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan sihat. Pertandingan selama setahun setengah ini melibatkan penyertaan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara . Unsur-unsur unggul termasuklah mesej terbaik media sosial mengenai ” Drink.Move.BeStrong “, tabiat pemakanan nutrisi terbaik dan aktiviti sekolah ” Move ” terbaik.

Tahniah kepada :

SK Bukit Kapar untuk Peringkat Sekolah Rendah
-Johan keseluruhan Peringkat Kebangsaaan Keseluruham, Peringkat Seklah Rendah Penggunaan media sosial terbaik,

SMK Seri Sentosa untuk Peringkat Sekolah Menengah
– Penggunaan media sosial terbaik

 

 

PROGRAM  ANUGERAH 3K3C
Bermula dari 5 MEI 2016 – 18 JUN 2016

Garis Panduan Program

PENYERTAAN PROGRAM

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah, KECUALI sekolah – sekolah yang telah menyertai pada tahun 2015.
  • Sekolah – sekolah yang berminat untuk menyertai boleh terus melayari laman web utama (www.Anugerah3K3C.com.my), dan membaca garis panduan, seterusnya memuat turun bahan yang berkaitan, dan seterusnya menjalankan program.

PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB

  • Laman web utama bagi program ini ialah www.Anugerah3K3C.com.my
  • Laman web ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk interaksi komuniti sekolah dan setempat berkenaan program 3K & 3C.
  • Laman web ini juga berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan bahan edaran, panduan, dan pengajaran (e-booklet, poster, video) berkenaan program 3K & 3C.
  • Laman web ini juga berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penghantaran laporan 3K & 3C.

LANGKAH DEMI LANGKAH MENJALANKAN PROGRAM

  • Layari laman web utama www.Anugerah3K3C.com.my
  • Sekolah menyemak ‘Garis Panduan Program’ yang boleh di muat turun pada butang ‘Muat Turun Bahan’.
  • Sekolah sudah bersedia menjalankan program? Bagus! Sekolah boleh bermula dengan mendapatkan segala alat bahan bantu yang boleh di muat turun pada butang ‘Muat Turun Bahan’.
  • Sebagai panduan, sekolah juga boleh memuat turun ‘Templat Laporan’ dan ‘Borang Skema Pemarkahan’ sebagai rujukan untuk menjalankan program, pada butang ‘Muat Turun Bahan’.
  • Pengurusan program Anugerah 3K & 3C, hendaklah di selia dan di urus oleh Jawatankuasa 3K Peringkat Sekolah.
  • Sekolah boleh mula menjalankan program bermula 5 Mei 2016 (Khamis).
  • Format laporan akhir menggunakan ‘Templat Laporan’.
  • Laporan akhir adalah di dalam bentuk softcopy (.ppt), dan di hantar secara atas talian melalui butang ‘Hantar Laporan’.
  • Tarikh akhir penghantaran laporan kepada PPD ialah 18 Jun 2016 (Sabtu), manakala sekiranya sekolah layak saringan, maka tarikh akhir penghantaran laporan terkini kepada JPN ialah 23 September  2016 (Jumaat).
HADIAH DAN GANJARAN

 

untuk maklumat lanjut, sila layari laman web utama bagi program ini www.Anugerah3K3C.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge