Menginap di Puteri Beach Resort, Port Dickson

Wow…dekat 1 bulan blog tak update….hahahahahaa

Dah tahap parah dah ni….. ok la.. mari mulakan cerita pasal penginapan di Puteri Beach Resort….

Saya dapat menempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Port Dickson melalui laman web Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) mengikut kelayakan my IR lakan…

Nanti saya citerkan lebih lanjut macam mana nak book.. jadi apa kata kita tengok jerla macam mana rupa Puteri Beach Resort tu…hehehe

Sampai Hotel dalam kul 3 ptg… sebab boleh check in pun kul 3 ptg.. check out kul 12 tghari

mujur dapat bilik tingkat 1 aja…heheheh.. jadi senang sikit.

Ni ruang depan….

Luas la juga…. ada meja mkan.. peti ais, sinki dan ruang tamu tuk tengok TV

Remote rosak.. dan x der langsir dari tingkap dapur.. terpaksa cover ngan tuala mandi.. mujur besar tuala mandi yang saya bawa.. kalau tak memang nampak la orag luar apa kami buat dari dalam bilik ni….huhuhu

Ni ruang bilik kiri kanan.. tandas tengah2

Lupa pula snap dalam bilik air… tapi ada air pancut.. sama gak. tak der langsir dalam bilik air.. yg pemisah antara tandas duduk ngn tempat mandi…

Mujur dalam bilik air jer kan.. so.. x perla..huhuhu

Tapi macamperasan bilik yang saya dapat ni untuk 3 bilik tidur… tapi bilik tidur ke 3.. derang kunci…heheheh

Bilik Tidur 1
Bilik Tidur 2

Ni permandangan dari kolam renang…

Banyak bilik dalam ni.. bertingkat2… macam 9 tingkat tak silap…. tapi masa saya menginap.. memang ramai la keluarga datang.. rasa derang buat family day kot…

Pantai port dickson memang betul2 belakang hotel.. senang jer… nak g mandi ke sana.. jalan kaki sudah..hahaha

Tapi tau la anak-anak… derang bukan suka sangat mandi air laut…hahaha

Masin.. pastu berpasir…heheheheh

Kolam renang la juga yang derang cari….

Ramai time ni… memang lenjan la.. dari pagi sampai ke petang derang mandi.. pastu bawa pula ke esokkan hari nya…

Elok la berendam lelama.. esok nya tengok.. taik telinga dah mengembang… hahaha.. senang keluarkan…hahaha

Si Huzaiman la suka.. siap pakai google tu…

Konon nak menyelam… siapa lagi kalau bukan ketuanya.. abang iskandar…

Danial dah besar.. jadi masuk kolam dewasa la.. mana main kolam kanak-kanak..hehehe

Ni gambar ehsan google…

Macam tu la rupa kolam renang nya.. besar la juga kan.. boleh la…ada gelungsur

Anak-anak ni nak ke theme park macam dah tak berapa minat.. derang minat mandi manda jer sekarang..hehehe

Jadi saya dapat menginap di Puteri Beach Resort ikut harga staff kerajaan.. iaitu RM100.00 semalam untuk 2 bilik (blok lama

Walaupun tulis blok lama.. tapi alhamdulilah la dapat bilik dekat ngan kolam renang.. ingatkan jauh ke apa kan? hehehe

Boleh la.. RM100 kan.. sapa nak bagi.. kalu ikut harga asal untuk Puteri Beach Resort mungkin lagi mahal kot… saya tak berapa pasti la…hehehe

Jadi la kan… sementara ada peluang kerajaan nak bagi sewa kat pekerja.. kita guna la sebaik mungkin..

so… nexttt trip.. ingat nak try RPP Langkawi pula…hehehe.. bila tu tak tahu la…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge