Memenangi hadiah-hadiah eksklusif “Tangled: the Series”!

Si gadis jelita berambut panjang, Rapunzel akan muncul dalam siri animasi terbaharu Saluran Disney, “Tangled: The Series”!

Ditayangkan pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615

Siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.

Diserikan lagi dengan visual rekaan animasi menarik yang diinspirasikan dari lukisan Rapunzel dalam filem asal, siri ini akan mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora.

Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.

Kisah utama yang akan diketengahkan dalam siri ini adalah hubungan Rapunzel dengan rakan-rakan dan keluarganya. Watak-watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya, kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya, Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Snuggly Duckling Pub Thugs.

Siri ini akan memperkenalkan watak baharu, Cassandra (suara oleh by Eden Espinosa), seorang wanita kental yang menjadi orang kuat Rapunzel. Tidak ketinggalan, ibu bapa Rapunzal, King Frederic (Clancy Brown) dan Queen Arianna (Julie Bowen).

Kisah Rapunzel yang dekat dengan penonton, menyentuh hati dan penuh gelak ketawa menekankan tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.

Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney memperkenalkan pencarian watak di pelbagai platform, Tangled Quest.

Dari 21 Mei hingga 30 Jun, para kanak-kanak dan keluarga mereka boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan lambang Tangled Quest di Saluran Disney dan platform sosial milik Disney dan memuat naik di laman web Tangled Quest (www.tangledquest.com).

Lapan puluh (80) pemenang bertuah berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.

Tangled Quest akan membuat kemunculan di Malaysia dan mengajak peminat Saluran Disney menyertai keseronokan dengan menjejaki watak-watak siri ini di beberapa aktiviti menarik yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Lokasinya akan diberitahu melalui petunjuk-petunjuk mingguan di Saluran Disney dan platform Astro Circle, jadi jangan ketinggalan!

Selain beg cenderahati bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah akan berpeluang mengalami sendiri kisah pengembaraan Rapunzel di rumah dengan hadiah berupa ubah suai penuh bilik tidur bertemakan Tangled.

Siri ini memuatkan lagu-lagu yang diterbitkan oleh pemenang Academy Award dan Legenda Disney, Alan Menken, yang turut menggubah lagu filem asal.

**********************************

Haaa…… jangan risau. Kalau tak dapat nak menang hadiah hebat-hebat tu… apa kata cuba lak tuk hadiah biasa-biasa jew….

1 set Disney Tangled pack

Haaa… ada cawan, ada beg, ada pouch beg dan ada patung comel ok!!! Amacam best tak hadiah nya??

Senang aja kalau nak menang….. jawab 1 soalan beserta SLOGAN ok! tapi ada syaratnya… setiap pemenang harusla mengambil sendiri hadiah tersebut di :

JayaOne, Jalan Universiti, Petaling Jaya

Kalau sanggup dan sudi ambil hadiah tu sendiri, boleh la jawab soalan dengan meninggalkan komen di ENTRY INI ok!

Soalan nya :

Hari apa, waktu berapa dan saluran apakah “Tangled: The Series” keudara?

Slogan yang perlu di lengkapkan :

Rapunzel adalah salah satu rancangan kegemaran anak saya kerana………………………….

Jadi ..cepat!! Saya hanya memerlukan 4 orang pemenang sahaja ok!

Peraduan ini akan di tutup pada : 16 Julai 2017 (Ahad)
Keputusan akan di umumkan pada : selewat-lewatnya 19 Julai 2017 (Rabu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments

  1. Bro Framestone says:

    Tangled : The Series keudara setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615.

    Rapunzel adalah salah satu rancangan kegemaran anak saya kerana lagu dan wataknya yang menarik. Terpukau mereka duduk di depan TV.

  2. Norfa says:

    untungla dapat g sunway tgk tangled….x ajak pun………

    nah jawapan nya :
    Tangled : The Series keudara setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615.

    Rapunzel adalah salah satu rancangan kegemaran anak saya kerana Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.

  3. Sumijelly says:

    **UPDATE – 21062017**

    MAAF…

    PERADUAN INI DI TUNDA…

    AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN…

    PADA YG MENYERTAI.. ANDA AKAN DI KIRA SALAH SEORANG PESERTA JUGA…

  4. Lala says:

    Hai kak su,… lama x masuk blog akk..

    ada peraduan yek.. boleh masuk lagi tak? nak jawab juga

    Tangled : The Series keudara setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615.

    Rapunzel adalah salah satu rancangan kegemaran anak saya kerana ia menarik serta memberikan pengajaran yang baik di sebalik cerita yang di paparkan… jadi secara tak langsung anak boleh belajar benda2 baik…

    harao terima yek kak su…hehehe

  5. Annapeje says:

    Best la kak su dapat g tengok Rapunzel.. ni kalau afrina g mesti syok…

    tak dpt g nak juga masuk peraduan… nak menang leh bg afrina.. dia suka..

    Jawapan :
    Tangled : The Series keudara setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615.

    Rapunzel adalah salah satu rancangan kegemaran anak saya kerana lagu-lagu nya menyeronokkan.. jalan cerita juga sentiasa berbeza2.. nak pula setiap jalan cerita menekankan tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. sesuai untuk tontonan anak2…..

  6. Sumijelly says:

    Terima kasih keraan sudi menyertai peraduan ini..

    Keputusan pemenang adalah seperti berikut :

    1) Bro Framestone
    2) Cik Norfa
    3) Lala
    4) Anna Peje

    Emel akan menyusul kemudian.

    Terima kasih

Leave a Reply

CommentLuv badge