Temasya Sukan Pasti 2009

Banner
Acara : Temasya Sukan Pasti
Tempat : Padang Seksyen 7
Hari : Ahad
Waktu : 8.00 pg – 12 tghari

Startnya kul 8.00 pagi, tapi aku dtg kul 8.30 pagi…hehehehe..
bukan anak yang lambat, tapi ibunya yg lambat bersiap…
mau x lambat..nak kene settle rumahtangga dulu..
(padahal ada maid ngah wat kerja)

ada adik pun x leh harap..lom bangun tido..
wah..wah..wah..mentang2 duk umah aku..
tido jerla..kalu kat umah mak, mau kene jerit pepagi… :p

Pendaftaraan

Sampai jer sana, aku terus daftarkan anak aku..
anak aku masuk acara bawa belon air jgn kasi jatuh..
hahahahaha…itu yg anak aku cakap la..

para hadirin sumer dah sampai..
disebabkan lambat, mungkin ramai yang lewat kot..
alhamdulilah…sepanjang hari tu sumer berjalan lancar..
hujan pun berhenti memberi laluan pada anak2
untuk meneruskan acara sukan..

hadiah

hadiah tuk anak2 dah tersedia di atas meja..
hanya tunggu pemenang-pemenang jer..

Games

masa anak aku punya acara kebetulan aku tinggal sorang..
My IR balik umah jap, ambik trolley baby..
time tu la pulak acara dia start…
x dan nak snap gambar…
tapi sempat ambik masa penyampaian hadiah jerla..

penyampaian hadiah

dapatlah anak aku tempat ke-3..
hadiahnya berupa pencil box aja..
menambahkan lagi koleksi pencil box nya di rumah… :love:

parents

aku, My IR ngan Zulfadhli jer yang datang memberi sokongan..
si Iskandar ku tinggalkan dengan Maid kat rumah..
kalu bawa dia, alamat x senang duduk la aku…

rehat

kesian anak aku…penat tau duk tengah padang tu..
dengan matahari semakin meningi..
mau x penat dia..bukan penat masuk permainan..
penat main ngan kengkawan dia adalah… 🙂

kutip gula

ni acara terakhir yang ditunggu semua anak2..
acara merebut gula-gula…
derang tabur atas tikar..
sumer serbu kutip…

tarik tali

acara tuk ibubapa pun ada gak..
aku sempat daftar tuk My IR jer..
tuk aku?? emm…x dan..sbb ada sikecik..
tarik tali antara bapa PASTI Siti Sarah ngan PASTI As-Syakirin..
dan pemenangnya.. BAPA PASTI SITI SARAH la..
sah…sah…laki aku dari PASTI SITI SARAH…

setelah sumer acara selesai..
aku sekeluarga berangkat pulang..
pulang awal dari acara selesai..
sebab dah PENAT…
sempatla anak aku bergambar ngan kengkawan dia..
kenangan untuk diingati ketika dewasa nanti…

kengkawan 1

kengkawan 2

P.E.A.C.E

Check-up 5 bulan

wah..wah..wah…
lajus jer korang nak tgk entry aku kan?
bukan aku la……..
anak aku la check up bulanan…..
dia dah 5 bulan…

002

oh…tidak percaya rasanya…
dah 5 bulan rupanya Zulfadhli…
perut aku pun lom kempis lagi rasanya….
hahahaha………. 🙂

cian aku….semalam g klinik sensorang jer..
My IR keje..x leh balik awal…
g la aku ngan Zul berdua…

001

oh…sudah berisi rupanya anak aku yek…
makin montel ibu tengok Zulfadhli..
selama 5 bulan juga la anak aku masih menyusu badan..
belum lagi mencampurkan apa2 lagi susu formula..

003

sudah naik ke 6.74kg rupanya…
alhamdulilah…sepanjang aku menjaganya amat senang..
malam lagi senang…
dia x banyak ragam kecuali kalu dia bosan..
mesti menangis…mungkin penat kot baring jer..

timbang ku

apa ingat g sana anak aku jer ke nak timbang..
aku pun nak joint sekaki gak..
sekali timbang 56.90kg daa…..
emm…masa tau mengandung berat aku 56 kg..
emm…kiranya leh turun lagi nie…
harus berusaha lagi…. 8)

Check up tuk 5 bulan selalunya kene cucuk…
masa kene cucuk…alhmadulilah..x sakit pun..
sikit jer menangis..pas tu diam..
sepanjang perjalanan balik..
Zulfadhli tido jer…

dengan senang hati aku memandu kereta…
oh..tingat kereta..
lesen aku lom renew lagi…
dah sebulan ko…
ssyyyyyyhhhhhhh……..dendiam tau..
hahahaha……. :[

SALAD GIRL…

hari nie lunch kat PIZZA HUT…
nak menghabiskan sisa-sisa gaji bulan 6…
kan ker esok dapat gaji….hahahaha
bestnya kalu dapat seat makan dekat ngan BAR SALAD..
aku suker tgk orang ambik SALAD kat BAR tu…

ada 3 orang MAT SALLEH ni..
memula kawan dia ambik..
mak datuk sumer dia sumbat dalam mangkuk salad tu..
sampai terjatuh…jatuh..
tp aku x sempat snap gambar dia…

kendian kawan dia lak ambik..
pergh…smaa gak..
kalu leh aku rasa dia mcm nak angkut bawa balik jer..
dah la kawan dia angkut bebanyak..
bila turn member dia nak ambik..
L.I.C.I.N…. sbb kawan dia sebat sumer…
sampai budak pizza kene REFILL lagi..

apa kata kita layan gambar nie………..

001

Habis sumer nak di kautnya…
sampai kene refill lagi la… 8)

002

inilah dia geng SALAD GIRL
hahahaha……. 🙂

Cuaca hari ini…..

tetiba bunyi angin yang sangaaaaaaat kuat..
ku toleh ke luar…
adoi…sudah gelap permandangan luar opisku..

sekarang baru pukul 10.53 pagi…
hujan sudah membasahi bumi..

001

lihatla permandangan diluar opis ku..
gelap gelita awan di langit…
perrhh….bermadah la pulak aku…

002

habis dah permandangan Menara KL..
dah kurang berserinya lagi…
hahahaha….. 8)

sampah

sampah pun berterbangan…
kalu la sumer sampah berterbangan…
habis arr jalan penuh dgn sampah…

agak2 kalu aku layangkan surat cinta..
ada x yang menerima nya??
hahahaha…….  :p

sejuk siot opis aku sekarang nie…
hujaaaaaaan lebat…
sempat ker nak g lunch kang kat The Mall??
huhuhuhu……… 🙂

Sireh Pulang ke Gangang

Bunting

emm…entry nie patutnya last week aku isi..
tapi disebabkan tertunggak..
kali nie la aku update..

setelah 17 tahun meninggalkan sekolah rendah..
akhirnya bertemu jua kengkawan lama..
sebenarnya dari tahun 2003 aku dh kerap jumpa kawan aku nie,..
tapi kali nie dapat la kumpur ramai cikit..
termasuk Cikgu Shamsul..
guru sekolah rendah aku..

kali ni kita orang wat gathering kat Restoran Nelayan..
masing2 pakat bawa adik, mak, suami, isteri dan anak2…
masing2 bertukar2 cerita..
maklum la lama x jumpa…

so…nak cerita pun payah kan..
sebab korang x der masa tu..
jadi, apa kata korang layaaaan jerla gambar nie yek…

001

002

003

004

sonok arr jumpa kengkawan lama…
akan ku cuba untuk mencari kawan sekolah menengah lak..

Zulfadhli sudah pandai berposing…

Zulfadhli

wah..sedar x sedar..
anak aku sudah pandai pandang kamera…
asal aku nak ambik gambar, tersengih..sengih.. 🙂

Zul 1

sekarang tengkuk Zul dah kuat..
tinggi dah dia angkat kepala..
berat pun makin bertambah.. 8)

zul 2

sekarang nie umurnya hampir mencecah 5 bulan..
next week anak aku check up…
5 bulan biasanya cucuk…
alahai..hopelly x demam…
ikutkan bulan2 yang lepas, alhmadulilah.. x pernah demam.. :love:

semoga anak aku ini akan sihat dan membesar bagai juara… :love:
hahahaha……..

IBUAZ Shoppe at bazaar@maeps

PASAR LAMBAK & CARBOOTSALES


PCL

Tempat : Tapak Letak Kereta B2, Pintu Masuk 2, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia(MAEPS), MARDI Serdang, Selangor
Waktu Operasi : Setiap Sabtu, Jam 3.00ptg – lewat malam (bermula 27 Jun 2009)

Ingin dimaklumkan, IBUAZ Shoppe iaitu saya dan Pemilik Ibuaz akan berada di Carboot Sales.

Sesiapa ingin mendapatkan Cloth Diapers secara terus dan ingin berjumpa terus dengan kami, dijemput hadir memeriahkan tapak jualan.

Segala pertanyaan dan kemusykilan mengenai CLOTH DIAPERS boleh diutarakan dan kami sedaya upaya memberikan jawapan yang terbaik.

Jangan lupa singgah di gerai kami di no tapak 248 :love:

Mana gambar gathering SKJP??

wah…aku nie..
malas tol nak upload gambar tu..
banyak tu..
hahaha….leh pakai ker alasan tu..

jeles jer aku nengok kengkawan aku dah upload gambar derang..
aku tumpang baca jer..
dah la facebook pun x leh bukak..
hampess tol opis nie..
sumer dh kene block… =(

kepada kawanku sekalian..
sabau..sabau jerla yek…
tunggggggguuuuuuuu………..

Me and Redmummy

tuah ayam nampak di kaki…
tuah manusia siapa yang tahu… 8)

macm tu lah yang aku rasakan…
aku x tahu, kenapa aku mendapat tuah..
setelah sekian lamanya ingin berjumpa..
akhirnya tanpa dirancang…
aku ketemu jua.. 🙂

nelayan

Di Restoran Nelayan nie jua la aku ketemu..
actually aku g ke sana ada gathering sekolah rendah aku..
kebetulan ternampak kak Red di parking bay…
dengan sopannya aku menjerit…

“kak red..kak red”
“ingat saya x? (off course dia x ingat kan)”
“sumijelly la… yang mengandung dulu..dah barsalin dah”
“oh..dah habis pantang ker??” kak red tnya..
“dah..dah masuk 4 bulan”..

nampak gayanya, mcm kak Red amat sibuk sekali…
mungkin dia dh terlewat nak ke acara yg ingin dihadiri..
masa tu kat nelayan ada YOYOOH BLOGGER AWARD..
so…kiranya kebetulan la aku berada di tempat yang sama..

yoyooh

“kita ambik gambar sat” kataku

dapat la snap 2 picture…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kakred n me

terima kasih pada kak red..
kerana sudi jua melayan aku walaupun sebentar..
tapi sayangnya, x dapat nak bergambar sakan ngan dia..
x perla kak red..sekurang2nya..
dapat jua jumpa kak red..

redmummy

Nota kaki :
kak red nampak lagi lawa dan cute di luar..
nampak comel…. lebih2 lagi dengan warna temanya..
thanks yek kak red…kerana sudi bergambar ngan sumi…

Black Juara Mentor Musim Ke-3

Tahniah Black atas kejayaan muncul sebagai juara Mentor musim ke-3!

Mentor 3

Sebaik diumumkan muncul sebagai juara, Black mematahkan rotan yang sering digunakan mentornya, Mas Idayu sepanjang tempoh tiga bulan lalu – foto kredit: mstar

Protege kepada penyanyi dangdut Mas Idayu, iaitu Hanifah Md.Hanafiah atau Black menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Mentor musim ketiga, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

Mentor 3

Peserta berusia 22 tahun itu berjaya memungut peratusan tertinggi iaitu 75 peratus sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva, manakala mentornya, Mas Idayu juga meraih RM100,000.

Camellus De’lelli Anam atau Chaq bersama mentornya, Ajai, pula muncul sebagai pemenang tempat kedua dengan markah sebanyak 52.8 peratus dan masing-masing berjaya meraih wang tunai sebanyak RM30,000. Chaq yang sepatutnya tersingkir minggu lalu kerana menerima peratusan terendah telah diberi peluang untuk kembali beraksi di pentas akhir, dan ternyata tuah tetap menyebelahinya apabila merangkul tempat kedua program ini.

Barisan mentor dan protege peringkat akhir (dari kiri) Fira, Lah, Black, Mas, Chaq dan Ajai

Turut berentap pada peringkat akhir Mentor 3 ini Hunanis Zafira Huzaini atau Fira yang merupakan protege kepada Lah Ahmad. Fira hanya mampu meraih kutipan markah sebanyak 35.6 peratus, namun masing-masing tetap menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Mentor 3

Markah persembahan setiap peserta ditentukan oleh juri profesional sebanyak 50 peratus, undian SMS penonton 30 peratus dan 20 peratus lagi ditentukan oleh juri awam yang antaranya terdiri daripada wartawan serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

Mentor 3

Juri-juri profesional yang diundang ialah komposer dan pemuzik, Acis, Zainal Abidin dan penyanyi hip-hop popular dari Singapura, Sheikh Haikel.

Mentor 3

Persembahan peringkat akhir malam tadi menyaksikan setiap peserta membuat persembahan menerusi tiga segmen iaitu secara solo, bersama artis undangan serta lagu baru hasil ciptaan komposer tanahair.

Black yang sentiasa menerima markah tertinggi saban minggu, terus mempamerkan persembahan hebat menerusi lagu medley Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal; Aku Rindu Sayang Kamu (lagu baru ciptaan Uzai) serta Di Alam Fana Cinta dan Sinar yang merupakan duet bersama Mus dan Shamrin.

Mentor 3

Chaq pula menyampaikan lagu baru ciptaan Ajai sendiri, Penjelasan 1per1, medley Tapi Bukan Aku dan Revolusi serta duet bersama adiknya, Stacy AF6 menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho dan Boom Boom Pow.

Fira telah membawakan lagu Atas Nama Cinta, Mentera Semerah Padi dan Joget Berhibur; duet bersama juara Gang Starz musim kedua, One Nation Emcees menerusi lagu Hurt, Spin Me Right Around dan Don’t Stop The Music serta sebuah lagu baru ciptaan Sharon Paul berjudul Bukan Niatku.

Dalam pada itu, Black yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya program itu melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangannya itu.

Mentor 3

“Saya berterima kasih kepada keluarga dan penyokong yang membawa saya hingga ke tahap ini, serta kepada Mummy (Mas Idayu) yang memilih saya sebagai protege atas dasar bakat.

“Insya-allah, saya akan cuba menjadi seorang penghibur yang serba boleh dan akan turut mengambil kira apa yang penyokong atau peminat mahukan,” kata Black yang juga akan mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Monkey Bone selama setahun.

Mentornya, Mas Idayu juga menyuarakan perasaan gembiranya setelah menyaksikan kejayaan Black, meskipun sepanjang tempoh tiga bulan mendidik protegenya itu, ada pihak yang mempersoalkan teknik pengajarannya yang menggunakan rotan.

Mentor 3

“Nampaknya berbaloi apa yang saya buat ini, iaitu menggunakan cara orang-orang tua mengajar anak-anak mereka dengan menggunakan rotan. Saya sendiri sebenarnya ada berjumpa bapanya dan bertanya sama ada dia setuju saya mendidik Black dengan gunakan rotan. Tetapi keluarganya tidak kisah apa yang saya buat ini kerana sampai sekarang pun, Black masih dididik seperti itu. Apapun, halatuju saya dalam Mentor ini ialah untuk jadikan Black sebagai juara, selain ingin melihat dia menjadi peserta yang serba boleh. Dan terbukti dia mampu lakukan. Saya juga sebenarnya bangga kerana berjaya menjadi mentor wanita pertama memenangi program ini,” kata Mas.

Zainal Abidin dan protegenya, Pija adalah juara Mentor musim pertama, diikuti oleh Fiq dan mentornya, Amy Search yang muncul sebagai juara Mentor musim kedua. [sumber]

Mentor 3

Mentor 3

Mentor 3

Di petik dari : Sensasi Celebriti