Bergerak menuju ke alam kerjaya bukanlah sesenang ‘menelan liur yang sudah ada di kerongkong’, tetapi setiap pekerja perlu mempersiapkan diri secukupnya untuk mengelakkan sebarang pengaruh negatif mempengaruhi cara bertindak para pekerja. Memang tidak dinafikan, sebagai seorang pekerja sudah tentunya nilai kebebasan adalah satu-satunya nilai yang paling dikehendaki. Namun para pekerja perlu ingat bahawa kebebasan bukanlah bererti mendapat peluang untuk berbuat apa sahaja.
Sebaliknya kebebasan itu adalah suatu tahap yang sepatutnya digunakan oleh para pekerja untuk merangka dan menyusun pertimbangan-pertimbangan dan tindakan, terutamanya pekerjaan yang sepatutnya dilakukan dalam usia yang masih muda.
Kebebasan itu sudah semestinya bukan bermaksud pekerja boleh ‘melepak’. Kebebasan itu sebenarnya adalah masa yang diperuntukkan kepada pekerja berfikir secara rasional dan bertindak dengan matang untuk memperolehi kecemerlangan awal yang mungkin mengatasi pencapaian orang yang sudah lama bekerja.
Adalah satu kerugian besar jika para pekerja tidak dapat membina diri, yakni syahsiah dan jasmani yang sempurna pada masa awal kerjaya ini. Sebagai bantuan kepada para pekerja dalam meneroka jalan ke arah mencapai kejayaan dalam hidup, maka setiap para pekerja perlu memiliki nilai kualiti diri. Mental dan jasmani iaitu, kualiti ilmu, kualiti susila, kualiti fikir, kualiti kerja dan kualiti kepimpinan.
A: Kualiti Ilmu – Setiap pekerja perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas. Para pekerja mestilah sentiasa cuba untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman tentang apa sahaja perkara sebagai persediaan kerjaya. Pekerja perlulah menanamkan cita-cita menjadi pemimpin yang berguna dan cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan ini sudah tentulah penilaian-penilaian yang bersifat pemilikan kualiti ilmu menjadi pertimbangan yang besar.
Gabungan ilmu pengetahuan-pengalaman akan menjadikan pekerja sebagai satu kelompok masyarakat yang memiliki kualiti kemahiran yang tinggi. Dengan pemilikan kemahiran yang tinggi inilah pekerja akan merasakan dirinya amat berguna kepada masyarakat dan negara. Cara memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, diantaranya : Pertama, para pekerja perlu meyakini dengan berada di tempat kerja, dan jangan ponteng atau ? tuang kerja? sesuka hati. Kedua, sentiasa mepertingkatkan kemahiran kerja. Ketiga, menanamkan sikap kritis dan aktif dalam suasana kerja. Keempat, menghidupkan sikap bersaing untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya.
Setiap apa yang dilihat, yang didengar, yang dibaca, yang ditonton dan seumpamanya, dipertimbangkan secara kritis dan rasional seterusnya menerima yang baik dan membuang yang buruk. Sentiasa berkerja membina kemahiran dan kecekapan. Dengan memiliki semua ini pekerja akan meletakkan dirinya sebagai insan berkualiti ilmu yang terbaik.
B: Kualiti Susila – Setiap pekerja perlu memiliki akhlak yang sempurna, budi yang mulia dan sikap yang toleran. Para pekerja perlu melatih diri dan berusaha membentuk diri yang dinamis dalam erti sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan cuba mengelakkan dari berbuat sesuatu yang bersalahan dengan hukum agama, bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara, serta tidak bersesuaian dengan adat dan etika hidup, khususnya di negara kita.
Para pekerja mestilah meletakkan diri sebagai insan yang mampu meneruskan cita-cita dan kehendak keluarga dan masyarakat. Sikap seperti sayangkan diri sendiri, menghormati ibu bapa dan keluarga, menyayangi masyarakat dan cintakan negara serta menyanjung kemuliaan agama perlulah ditanam dan disuburkan berterusan. Dengan memiliki kualiti susila – berbudi bahasa dan berakhlak mulia – sajalah kedudukan pekerja di sudut pandangan masyarakat akan lebih terhormat. Bukannya susah untuk pekerja memiliki kualiti susila yang tinggi dan mulia. Pertama, sentiasa cuba memperbaiki diri untuk berada di satu tahap keinsanan yang terbaik iaitu sabar, yakin, bertakwa dan patuh kepada ajaran agama. Kedua, sentiasa membuat pertimbangan di antara perangai dan kelakuan yang buruk dengan yang baik. Ketiga, meletakkan masa depan itu adalah lebih penting daripada keseronokan hari ini.
C: Kualiti Fikir – Setiap pekerja perlu menyuburkan kemampuan berfikir pada setiap masa. Dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas, kualiti susila yang terpelihara, sudah tentunya para pekerja dapat menghidupkan suasana berfikir secara rasional, matang dan berpandangan jauh.
Sesuatu kerja yang hendak dilakukan dibuat pertimbangan. Setiap perbuatan yang hendak dikerjakan dipertimbangkan kesan baik dan buruknya.
Sebelum memulakan langkah untuk bergerak, difikirkan cara-cara terbaik untuknya dan difikirkan apakah manfaat yang diperolehi daripadanya.
Dengan kata lain, kualiti fikir ialah satu proses di mana para pekerja membiasakan diri dengan mengesan kelemahan dan kebaikan, kelebihan dan keburukan, keuntungan dan kerugian.
Caranya amat mudah, sebelum bertindak maka fikirkanlah? Apakah yang akan aku perolehi daripadanya?
D: Kualiti Kerja – Setiap pekerja perlu aktif, dinamik dan progresif. Sikap berusaha dan bekerja keras dalam memperolehi kejayaan adalah amat penting. Para pekerja perlulah meletakkan dirinya sebagai suatu kelompok masyarakat yang memiliki daya saing yang tinggi, daya tahan yang tinggi, serta kekuatan mental dan fizikal yang lebih baik berbanding orang yang telah meningkat usia.
Untuk itu para pekerja mestilah mempercayai diri sendiri dengan meyakini bahawa berbuat kerja yang lebih bermanfaat itu adalah lebih banyak untungnya daripada melepaskan tenaga ke dinding-dinding pasar raya atau ke butang-butang mesin permainan video.
Adalah lebih baik belajar berniaga dan membantu ahli keluarga. Suatu kerja yang dilakukan dengan minat, keinginan dan cita-cita akan membawa keuntungan bermanafaat.
E: Kualiti Kepimpinan – Setiap pekerja perlu meletakkan dirinya sebagai manusia. Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dengan ertinya sebagai Pemimpin dan Pengurus yang bertanggungjawab mentadbir, mengendali dan memajukan bumi Allah ini dengan sebaiknya.
Untuk itu, para pekerja perlu melatih diri menjadi pemimpin seawal berada di dalam dunia. Di tempat kerja para pekerja boleh melatihkan diri menjadi pemimpin dengan menawarkan diri menjadi ketua pada setiap aktiviti yang diadakan.
Dengan latihan menjadi pemimpin inilah para pekerja akan dapat membina keyakinan dan ketelusan diri sebagai persiapan menyahut cabaran masa depan.
Untuk itu, para pekerja perlu sedar bahawa dunia pekerja itu bukanlah satu pentas untuk bebas seperti seekor katak yang baru keluar dari tempurungnya. Tetapi satu era untuk pekerja membina diri dan kualiti diri agar dapat membina semangat waja yang sejati dengan gemilang dan terhormat.
harap dpt jadi pekerja yg baik di mata boss.. amin…
p/s: kdg2 terlebih kualiti “mengular” hehehe
.-= zella´s last blog ..awak memang pelat atau awak berlagak manja? =-.
@zella,
hehehe….tp tu la..kekadang boss nampak lain, org lain nampak lain..susah gak..hahaha
SALAM PERKENALAN DARI BOM321 🙂
bom321.blogspot.com
.-= bom321´s last blog ..The Biggest Pig In The World =-.
@bom321,
sama….sama… terima kasih kerana sudi melawat blgo sumijelly…
Sala perkenalan Puan. Alhamdulillah saya tercari-cari tajuk kualiti diri akhirnya saya singgah di sini. Bagus sekali artikelnya. 5 perkara yang menjadi asas kepada kualiti diri. Terima kasih banyak puan.