Bila si anak tidak sihat…..

Hai semau… selamat tengahari…. sekejap jer dah masuk tengahari… maklum la hari ni saya bercuti. Kalu kat pejabat tu… lama jer rasa masa berlalu…hik3

Hari ni terpaksa ambik cuti lagi kerana Zulfadhli masih belum sihat lagi gara-gara ulser mulutnya semakin merebak ke bibir pula…

zulfadhli demam

Nyenyak tul anak ni tidur…. makin kurus dah badan dia bilasaya nengok…

Sejak kene ulser mulut, selera makan makin kurang… kalu tidak dia la yang kuat makan.. mulut tak berhenti mengunyah jer….. tapi bila sakit dan tak ada selera makan.. semua dia tolak. Hanya bergantung pada air milo jer yang dia nak..

Risau la pulak bila lama-lama tak sihat ni kan? Ialah… kita yang nak pergi kerja ni pun serba salah. Ambik cuti kang kerja pejabat tertangguh sebabdah terlalu lama ambik cuti, klau tak ambik cuti kang anak pula tak sihat-sihat lagi susah hati… serba salah kan?

bibir ning baizura

Ni bibir dia yang dah di jangkiti ulser sampai ke mulut. Sebelum ni hanya di bahagian tekak.. kemudian dah melarat ke mulut.

Lidah nya pula dah penuh ngan warna putih … pergi rujuk doktor dia kata jangkitan kulat kerana kurang minum air putih dan juga mulut di penuhi dengna air liur…huhuhu

ubat

Sebaik la klinik belakang rumah jer…. pergi sampai 2-3 kali la seminggu… sebab berjangkit-jangkit la sakitnya. Dari Zulfadhli kemudian pergi ke Huzaiman kemudian Zulfadhli balik…

Bersyukur sebab masih ada Klinik Panel yang di tanggun sepenuhnya oleh Pejabat. Lebih baik pergi ke swasta dari pergi ke klinik kerajaan yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rawatan…

So, di sebabkan hari ni cuti, banyak juga kerja nak buat… ishk… tak habis-habis kan kerja kat rumah ni… hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. akak su says:

    bila anak2 tak sihat. terpaksa la mak cuti. sama cam akak aritu. hero kecik demam+cirit birit termasuk kakaknya skali. nak amik cuti awal2 tahun pun tak berani takut boss tarik muncung panjang. so bergilir le akak ngan en.abah cuti

    • Sumijelly says:

      @akak su,
      betul tu kak.. kekadang kita tka leh jangka sakit anak2 ni… ada masa kadang2 jer sakit nya… ada kala pula sakitnya melarat dan berjangkit2…

      risau gak.. sbb awal thn dh cuti seminggu pas tu smbg lagi cuti… risau juga kalau kerja kat opis tertangguh banyak..huhuhuh

  2. lily lotus says:

    memang menguji kesabaran kalau tunggu kat klinik kerajaan. tapi nak buat camne dah itu yg termampu untuk mereka2 yang memerlukan khidmat perubatankan. yang penting misinya nak sihat. so, get well soon cute boy!

Leave a Reply