Love To Save – For Those Who Love To Save

This Is Sticky Mode, for New Entry please scroll down……..

Love to support

Money isn’t the only thing we can save.

DiGi is trying to raise RM150,000 in 30 days.. And you have the power to help with a single click. And it does NOT matter which mobile network you are on – just as long you are among those who Lovetosave.

Just click once on the charity you’d like to support, and DiGi will donate RM5 to it.

We all have a cause close to our hearts.
This is our chance – all of us – to contribute.

Just 2 step only…..

Step 1

Step 1

Step 2

Step 2

akan datang sumijelly.com………

ye ha,…
hari ni aku telah membeli domain baru…
sumijelly.com
dari hari ke hari nak beli..
akhirnya dengan nekad…
aku membelinya juga…

insya allah… sumijelly.com akan muncul..
aku ingat nak mempertingkatkan sedikit blog aku..
mungkin akan ada perubahan cikit,…
tapi x tahu apakah perubahan itu…
jadi…tungguuuuuuuu…………

bermacam2 perubahan nak aku lakukan…
tapi aku akan buat sedikti demi sedikit…
insya allah…

jadi…akan aku umumkan bila web baru aku akan siap…
rajin2 la check entry di sumijelly.wordpress.com dulu aku yek…..!!!

x leh nak update!!!

wah….sejak dua menjak opis aku nyer tenet nie problem…
aku x leh nak view blog langsung la…

hari nie tetiba ok la pulak..
aku try la sedaya upaya nak update blog nie…
nampak gayanya cam kene beli broadband sendiri la…

aku prefer CELCOM…tp x tau la nak beli ker tidak…
susah gak kalu x der tenet nie…
rasa cam x best la pulak..

dah selalu berblog..bila satu hr x berblog…
rasa cam sengal jer…
hahaha…..

so… time nak update citer…
tungguuuuuuuuuu………….!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jenjalan habiskan cuti di Johor lak..

wah..wah..wah…aku nie..
kalu bab berjalan suker tol..
kan aku jer yg suker, anak2 aku pun suker tau..
ialah..dapat jalan jauh..
naik kete… tgk permandangan…
tgk tmpt orang…
tgk memacam la…

balik dari Cherating tu hari..
mak aih..ponek mak cik..
kene basuh baju…
dah hari ahad nak bertolak ke Johor..
kali nie kita orang g DANGA BAY..

Danga Bay

tempat populer di Johor

bukan bercuti pun…
just follow my hubby g MESYUARAT…
g wat kerja la wei,…. aku jer yg bercuti..
hahahaha….

M Suite Hotel

aku duk kat Hotel nie jer

kita orang menginap kat M Suite Hotel, Johor…
Hotel nie memang betul2 mengadap laut…
chantik seh….
leh nampak Singapore ko…
agaknya lautan ini la yang Mat Selamat tu redah kan..
ishk..ishk…. jauh tu….

Laut

mengadap laut lagi hotel nie

Laut gak

mesti jauh giler mat selamat tu berenang kan??

kita orang duk menginap kat Johor kejap jer…
x lama… hari selasa dah check out..
tu pun balik pagi…

Bilik

ni ler ruper biliknya

Bilik Hotel dia??
ok la…besau la gak…
sebaik ada kipas ngan air cond..
at least x ler sejuk benor dalam bilik..
dah x leh nak kuar g memana…
menahan la aku anak beranak dalam bilik jer…

Katil

wah..Zul dah landing dulu la...

tempat rehat

budak2 nie... baru sampai dah nak tgk TV.. Danial tu cari channel kartun la tu..

dah siang hari ayah nya kerja…
malam jerla kami anak beranak kuar…
tu pun dekat area Danga Beach jer…
x kemana sangat pun…

Danga Beach

berlatar belakang kan Danga Beach

kapal

aku pun x tau nama kapal ni... x sempat baca..hahaha

ada lak FUN FAIR kat citu…
tapi aku nengok dah macam THEME PARK la pulak…
harga?? mak aih.. mahal ko..
naik kete kuda nie jer kot yg murah RM2..
yang lelain sumer RM4 ke atas…

Theme park

habis arr... jumpa mainan la pulak..

nama pun budak2…
nampak mainan.. nak main…
dek kerana naik kuda pusing nie jer yg murah dan selamat..
aku kasi chance la naik…

kuda pusing

ayah nya pun dah joint sekali..hahaha

Danial

ngaper la wat muker gitu Danial oit...

Iskandar

iskandar, seruis nyer nunggang kuda..hahaha

dah habis pusing-pusing kat danga beach..
kitaorang pun pulang bilik..
esoknya dah nak balik…
budak2 pun dah letih….
termasuk aku ngan suami ku…

sign board

tu dia.. lagi 300km nak sampai KL.. juh tol...

insya allah…
klau ada kesempatan..
datang la aku ke Johor lagi..
hehehehe……

apa2 pun..aku seronok..
kerana dapat menghabiskan masa bersama anak dan suami…

Diet Rasullah SAW

Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN :-
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih
dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam
dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi
reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Sabda nabi : “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”

Insya Allah…………
Disclaimer

Erra tempuh pengalaman berharga

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

BELUM pernah ada dalam sejarah penerbitan tempatan, kehidupan artis wanita popular yang baru bergelar ibu dirakamkan dan disiarkan untuk tatapan umum.

Apabila Fazira Wan Chek (Erra Fazira), 35, membenarkan kehidupan sehariannya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak sulungnya, Engku Aleesya dirakam dan disiarkan dalam rancangan bercorak realiti Gu Gu Gaga Erra, ia pasti menimbulkan pelbagai persepsi.

Gu Gu Gaga Erra akan mula ditayangkan di Astro Ria bermula 9 Jun ini pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang

Sebelum ini Engku Emran pernah memberitahu dia tidak membenarkan anaknya berlakon dalam mana-mana drama atau filem. Pembabitan Aleesya dalam Gu Gu Gaga Erra sudah tentu menimbulkan pertikaian.

Pada waktu sama pastinya ada yang membuat andaian pembabitan Erra sekeluarga dalam rancangan diterbitkan Box Lite Film Sdn Bhd itu turut membabitkan bayaran besar. Apatah lagi, ia turut ditaja pengeluar barangan penjagaan bayi Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Menjelaskan perkara itu, ketika majlis pelancaran Gu Gu Gaga Erra di Bangsar Village, Kuala Lumpur kelmarin, Erra berkata, dia dan Emran memang tidak membenarkan Aleesya muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.

“Bagaimanapun, berbeza dengan rancangan realiti TV ini kerana ia membabitkan kami sekeluarga. Hendak menggunakan anak orang lain rasanya kurang manis kerana konsep Gu Gu Gaga memaparkan pengalaman saya dan Emran pertama kali menjadi ibu serta ayah.

“Dalam menjayakan rancangan ini memang ada sejumlah bayaran diterima, tetapi itu bukanlah soal utamanya. Lebih penting banyak perkara baik yang saya pelajari sepanjang rakaman dijalankan apatah lagi Johnson & Johnson menyediakan pakar penjagaan bayi.

Di petik dari : Metro Online

Teratak ku…tadaaa……..

wah…dah 3 bulan duk umah baru nak kasi tunjuk yek..
marah Zana kat aku…
sebab dia dari hari tu suh tunjuk…

x dan la my prenz… ni baru sempat..
hehehe……. jgn marah yek..

ala..umah aku bukan nyer lawa pun..
boleh la tuk aku anak beranak duduk..
janjji dapat berteduh dari panas dan hujan..

ruang tamu

ades...adik Is... tepi arr.. kan nak ambik gambar adik..

ruang tamu

sibuk benar ngan 'peace' tu...

meja santap

6 kerusi + 1 meja makan..cukupla anak beranak

tmpt masak

sini sepatutnya dry kitchen, tp aku nak wat tmpt masak gak... alasannya, kalu kat belakang nanti x nampak anak2 nanti...

Ni tempat aku membasuh pinggan mangkuk...

Ni tempat aku membasuh pinggan mangkuk...

ni antara ruang ke depan, aku letak meja makan yang lama...

ni antara ruang ke depan, aku letak meja makan yang lama...

ni la sebahagian part kat tingkat bawah…
tingkat atas hanya 3 bilik tido dan 2 bilik air….
x kan ruang atas pun nak ambik gak…
bilik tido jer…
kan ada apa yang menarik…
nanti2 la yek…
huhuu……..

so pada ZANA… hopefully ko pueh hati yo…
lamo x jenguk blog ko…
apa la kisah terbaru yek…

Post entry dari EMEL…….

Ni adalah percubaan aku yang pertama…

Aku nak mencuba hantar entry dari emel ke WordPress…

Aku x pernah wat lagi…

Tapi kat WP ada function tu…

Aku cuba dulu..klau jadi, amatlah senang kerja aku..

Sebab aku x perlu la bukak blog…

(kalu bukak blog ketara sangat cam x wat keje)

Muahahaaaaaa…………..

So… entry ini adalah entry TESTING.

So, x der apa yang menarik tuk dibaca…

Tapi untuk dicuba mungkin boleh dikategorikan..

Hahaha…………..

image0031

Disclaimer

Tengok hantu tetapi ketawa

SALAH satu adegan seram dan kelakar dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak lakonan Mazlan Pet Pet dan Azlee Jaafar.


AHMAD Idham Ahmad Nazri boleh dikategorikan sebagai pengarah yang versatil kerana mengarahkan pelbagai genre filem seperti cinta, komedi, aksi, seram dan fantasi selepas hampir sedekad melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Sebagai contohnya, filem terbaru arahan beliau berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) yang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 4 Jun (hari ini) pula bergenrekan komedi seram.

Menurut Ahmad Idham, JPBC bukan sahaja tiada kena mengena dengan filem seram arahannya bertajuk Jangan Pandang Belakang atau Congkak, tetapi ia juga suatu genre yang jarang diketengahkan oleh pengarah filem di negara ini.

Justeru, beliau menganggap JPBC sebagai suatu cabaran baru buatnya dalam usaha menarik para penonton ke pawagam bagi menyaksikan karya arahan terbarunya itu yang diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd . (MIG).

“Ini merupakan antara filem arahan saya yang memberi tekanan kepada saya. Ini kerana, bukannya mudah untuk menghasilkan sebuah filem seram. Saya terpaksa memerah idea bagai mana mahu membuatkan orang ketawa apabila melihat hantu dalam filem ini.

“Sebelum ini apabila saya arahkan filem hantu, orang kata saya mahu menyesatkan akidah para penonton. Saya harap tidak timbul lagi isu seperti itu. Saya mahu para penonton ketawa menonton filem ini,” katanya ketika ditemui Hits selepas pratonton JPBC di Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ahmad Idham turut menjelaskan, filem yang diterbitkan dengan kos sebanyak RM1.85 juta itu bukanlah berteraskan genre spoof (olok-olok).

Rasional beliau ialah, jalan ceritanya berlandaskan kepada suatu cerita baru dan tiada kaitan dengan filem-filem lain.

Tambah Ahmad Idham lagi, beliau sengaja meletakkan JPBC sebagai judul filem itu kerana sambutan hangat atas filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang diarahkannya sebelum ini.

“Kalau mahu buat filem spoof, kita kena ada banyak filem untuk dirangkumkan menjadi satu. Sedangkan JPBC merupakan sebuah filem baru. Tetapi saya sengaja menggunakan JPBC sebagai judul filem ini untuk menarik perhatian penonton.

“Mungkin dengan menggunakan judul JPBC orang akan lebih mudah mengingatinya berdasarkan sambutan terhadap dua filem itu sebelum ini. Saya belajar formula ini pun daripada penerbit Mohd. Noor Kadir sewaktu berkerja dengannya dulu. Judul filem memang memainkan peranan amat penting,” ujarnya.

JPBC menampilkan ramai pelakon popular seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina (Akademi Fantasia), Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman serta penerbit MIG sendiri iaitu David Teo.

Biarpun bergelar penerbit, namun David tiada masalah untuk mengikut segala arahan Ahmad Idham demi melakonkan watak pelakon tambahan sebagai seorang remaja berimej hip hop dalam JPBC.

“Walaupun saya penerbit filem ini, tetapi sebagai pelakon saya harus mengikut arahan Idham. Saya sengaja mencuba bakat berlakon dalam filem ini untuk merasai sendiri pengalaman sebagai pelakon. Daripada situlah saya tahu apakah masalah yang dihadapi oleh para pelakon.

“Contohnya, kalau pelakon datang lambat di lokasi penggambaran, maka saya dapat memahami tentang masalah itu. Mereka (pelakon) pun mungkin susah mahu tipu saya. Sebagai pelakon, saya tidak pilih watak dan saya juga akan cuba melakonkannya dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

JPBC bukanlah filem pertama lakonan David, sebaliknya, penerbit berasal dari Segamat, Johor ini juga pernah berlakon dalam filem seperti Kala Malam Bulan Mengambang, Remp-It 2, I’m Not Single dan Jin Notti.

Mazlan Pet Pet (Lan) yang melakonkan watak Punai dalam JPBC juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Ahmad Idham bagi memastikan gaya lakonannya dalam filem itu tidak sama seperti dalam filem Senario.

Kata Lan, kalau boleh dia mahu lari daripada gaya lakonan atau lawak stereotaip yang biasa dilakonkannya bersama kumpulan Senario dalam filem-filem lakonannya sebelum ini.

“Idham banyak ajar saya melakonkan watak Punai dalam filem ini. Saya sentiasa memberi kerjasama kepada Idham sepanjang penggambaran filem ini dijalankan. Misalnya, watak Orang Minyak lakonan saya memerlukan saya disolek hampir dua jam lamanya.

“Saya cuma minta pada Idham kalau mahu solek saya biarlah waktunya lepas waktu Maghrib supaya senang saya mahu ambil wuduk solat. Selepas itu shooting sampai tengah malam pun saya tidak kisah,” katanya dalam nada bergurau.

Kelainan watak Punai lakonan Lan dalam JPBC begitu ketara kerana tidak banyak gaya slapstik yang ditonjolkannya dalam filem itu.

Sebaliknya, Lan lebih banyak memperlihatkan kreativiti tersendiri beliau ketika melakonkan watak tersebut.

“Dalam filem ini, saya melakonkan watak orang lain (Punai) dan bukannya Lan Pet Pet dalam filem-filem Senario sebelum ini. Saya harap para penonton akan dapat melihat perbezaan gaya lakonan saya itu,” jelasnya lagi.

Dipetik dari : Utusan Malaysia

Bahaya minum air pada bayi

PARA ahli kesehatan di Baltimore Amerika Serikat memperingatkan para orang tua untuk tidak memberi minum air kepada bayi di bawah usia enam bulan. Menurut hasil penelitian mereka, bayi di bawah 6 bulan akan terancam mengalami intoksikasi atau keracunan jika terlalu sering meminum air.

Sudah menjadi standar baku bahwa bayi di bawah usia 6 bulan seharusnya hanya mendapatkan makanan dari Air Susu Ibu (ASI). Selain steril, ASI adalah makanan alami yang padat nutrisi dan tidak mungkin diimbangi oleh susu formula atau makanan buatan lainnya.

Menurut para ahli, memberikan air kepada bayi dikhawatiran dapat memicu refleks haus sehingga mereka akan kelebihan cairan.

“Bahkan ketika masih sangat mungil, bayi memiliki refleks akan rasa haus atau keinginan untuk minum. Ketika bayi kehausan dan ingin minum, cairan yang mereka butuhkan nantinya akan melebihi kebutuhan ASI atau susu formula.

Oleh karena organ ginjal bayi belum sempurna, memberi terlalu banyak air kepada bayi akan mengakibatkan tubuh mereka mengeluarkan sodium dan air buangan dalam jumlah banyak. Kehilangan sodium akan mempengaruhi aktivitas otak, oleh karena itu gejala awal keracunan dapat berwujud seperti irritabilitas, mengantuk dan perubahan mental lainnya.

Gejala lainnya dapat berupa rendahnya temperatur atau suhu tubuh (secara umum 97 derajat Fahrenheit), pembengkakan pada muka dan kejang-kejang. “Ini merupakan kondisi yang tidak terang-terangan”.

Gejala-gejala awal keracunan ini tidaklah tampak, oleh karena itu kejang-kejang mungkin gejala pertama yang harus diwaspadai orang tua . Namun bila seorang anak mendapatkan penanganan medis sejak dini, kejang yang dialami anak kemungkinan tidak akan menimbulkan efek jangka panjang, tambahnya.

Air putih sebagai minuman seharusnya dihindari oleh bayi usia enam bulan atau usia di bawahnya. Para orang tua juga harus mencegah penggunaan susu formula yang terlalu encer, atau minuman bayi yang mengandung elektrolit.

Anders juga menambahkan, pada beberapa kasus tertentu pemberian air pada bayi mungkin tepat. Misalnya, bayi yang usianya lebih tua diperbolehkan mendapat sedikit air untuk membantu mengatasi kesulitan buang air besar (konstipasi) atau saat cuaca sangat panas. Tetapi para orang tua seharusnya selalu berkonsultasi dahulu dengan dokter anak sebelum melakukannya, sertaa hanya boleh memberi bayi satu atau dua ons air .

Jika orang tua mencurigai bayi mereka mengalami intoksifikasi, atau bayi mengalami kejang-kejang, sebaiknya segera mencari pertolongan medis.

Dipetik dari : tymask.wordpress.com