[RESEPI] Mee Goreng Basah

Bila ada Fb ni kan… agak mudah nak google resepi..kah3..

Bila ramai share.. kita tengok jer.. alamak dah terliur… jadi.. x boleh jadi ni.. kita nak gak cuba resepi mee goreng basah cik ida stle katanya..hahahha

 

Bahan-bahan nya :
  • Mee kuning – 1 bungkus (dibilas dan tos)
  • Sotong – 10ekor (dibersihkan, potong dan tos)
  • Fish ball -1paket (dibersihkan, potong dan tos)
  • Sayur sawi jepun – 1 ikat (dibersihkan potong dan tos)
  • Tomato – 1biji (dibersihkan dan dibelah 6)
  • Cili api – 10biji*
  • Bawang putih – 3ulas*  (*Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat)
  • Cili kisar – 4 sudu besar
  • Sos cili – 5 sudu besar
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Kicap pekat – 1sudu besar
  • Kicap manis – 5sudu besar
  • Kicap mee – 2 sudu besar
  • Air putih – 1cawan kecil (untuk berkuah)
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya :
  • Panaskan kuali .. boh minyak tuk menumis
  • Tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi.. sampai garing sedikit..
  • Masukkan Sos cili + sos tiram + sos ikan + kicap pekat + kicap manis + kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball ngan masukkan air putih 1cawan kecil.
  • Masak dan kacau2 bagi sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak..

Siap boleh la tutup api… boleh la makan… sdp sgt… try la ye..

Masak mee goreng basah style cik ida ni xpkai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup…
Selamat mencuba……………..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge