[RESEPI] Pulut Kuning Kukus

Ok.. kali ni nak citer pasal pulut kuning….. dari hari tu nak belajar.. tak terbelajar…

Ingatkan susah giler kot nak masak pulut kuning ni…. google sana sini.. tgk ada yang kukus.. ada yang tanak…hehehe

Jadi ambik resepi paling mudah… mestila KUKUS.. kang tanak macam nasi ni.. takut lebik jer..kah3

Malas cite.. meh kita belajar.. kene buat gak dlm blog.. nanti lupa resepinya…hahahaha

Resepi Pulut Kuning

  • 500g beras pulut
  • 1 keping asam keping
  • 1 s/b kunyit serbuk
  • 1 inci kunyit hidup (tumbuh dan tapis air)
  • 1 cawan santan pekat (boleh tambah)
  • 1/2 s/b gula
  • 1 s/k garam
  • Pewarna (ikut warna disukai)
  • Sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)
Memul RENDAM beras pulut dengan air + asam keping + dan kunyit hidup tp kalau nak buh kunyit serbuk pun bolehhhhh….
Rendam seeloknya lebih 5 jam… tp nak 30 minit pun boleh..hahahaha

Sebelum tu.. korang didihkan air dalam pengukus….

Sambil tu boleh la tapis beras pulut…. sementara air dalam pengukus mendidih.. kemudian letak dalam pengukus.. lapikkan dengan daun pisang ok…

Dah kukus… pastu tengok… pulut dah masak x der putih2 kan…

boleh angkat dari pengukus tu… sebab kita nak satukan dengan santan

Alihkan ke dalam mangkuk sebab kita nak satukan dengan santan

Santan tu.. saya guna 1 cawancsantan pekat (sy guna cawan plastik ikea) dengan gula + garam

Kacau sebati.. senang.. tak yah susah2 nanti nak tabur2 atas pulut… pastu jangan lupa daun pandan untuk mewangikan santan kita tu

 

Pastu kukus lagi…. sambil kukus tu.. kacau2 la kasi dia masak sekata..

kaut balik jer.. tapi tak yah la beria macam karih nasi tu….hehehe

Pastu cari la bekas paling lawa yang korang rasa tuk bentukkan dia…

Saya pun pinjam loyang jiran nak buat bulat tu…kah3 jadi la kan PULUT KUNING saya tu…nak tekan2 pulut tu tak leh guna senduk tau.. guna jer plastik lapik kat tangan pastu tekan2.. tak la melekat2…hehehe

So kalau lepas ni nak buat untuk 1kg.. gandakan jer sukatanya.. senang rupanya buat… bila dah tahu buat.. senang la kan.. sebab anak2 memang suka pulut kuning ni.. di makan pula dengan rendang.. atau sambal.. sedap kan?

Cuba la.. senang jer.. saya pun pertama kali cuba…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge