Ishk..ishk… rupanya Danial demam semalam tu gara-gara ulser mulut juga rupanya…
Sempat la juga g klinik semalam sebab suhu panasnya semakin tinggi bila belah petang.. jadi, nak tak nak saya kene hantar dia g klinik jugak…
Dapat la 4 jenis ubat. Ubat demam, ubat kumur-kumur, ubat antibiotik dan juga ubat untuk ulser di mulut.
Stok ubat demam yg pagi semalm tu ada lagi, jadi saya teruskan sambung. so ada la back up ubat demam kalu masih demam lagi. Ubat ulser pun si adik punya ada lagi, jadi aku pakai kan tu jugak..hik3…
Sumer pakat pakai yang sedia ada jer…hahaha
Yang saya tak leh tahan tu, Doktor bagi anak saya cuti sakit selama 2 hari. Iaitu semalam dan hari ni. Jeles… jeles.. hahaha… ibu gak yang kene cuti semalam demi menjaga Danial.
Suka la Danial sebab 2 hari tak sekolah.. leh duduk rumah aja…..
Jadi hari ni giliran my IR pula untuk menjaga Danial. sebab minggu ni rasanya saya dah banyak kali cuti, jadi tak adil la kan.. kerja di pejabat semakin banyak, tapi asyik cuti aja… hik3
Doktor dah bilang makan bubur atau benda-benda lembut supaya tak sakit mulut. Jadi dengan pemalasnya, saya pergi beli bubur di kedai… hahaha
Pemalas nak masak. tapi rajin nak membeli ok! hahaha……
Ok la.. hari ni kerja banyak, jadi mari kita siapkan kerja, dan tak silap saya Isnin depan cuti kan? Sebab Hari Keputeraan Agung (Negeri Kedah) yang jatuhnya hari ahad dan di ganti cuti pada hari Isnin kan? Kalu salah sila bagi tahu yek?? Kang tak pepasal saya cuti tapi sebenarnya kerja…hehehe
cuti ker ? tak dengar pun ;p salah info kot :p
@eliss,
ha… tu yang tanya tu… kot2 cuti…
rasanya TAK CUTI kot… kengkawan cakap x der announcement pun… huhuh
ciannya.. seksa woo kalau kena ulser mulut tu…
*Bubur MD ada jual.. hehehe
@Myvitrd,
memang seksa.. makan sumer tak lalu…..
ibu gak yg kene habiskan makanan nya…huhuhu