Novel : Suami Yang Kubenci
Harga : RM16.00
Penulis : E-Man Sufi
“Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai…”Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan ituHannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.“Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia….” Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu….“Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri….”“Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger… masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?”“Astaghfirullah…. Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!”“Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
Ok… bila tengok pada kulit Novel ni sure tak menarik… dan selalunya saya jarang baca sinopsis kat belakang novel takut ia mempengaruhi dari tidak minat membaca…. Permulaan di muka surat pertama dia sudah membangkit kan rasa untuk mengetahui kisah selanjutnya…
Sepanjang membaca Novel ni memang tersenyum-senyum saya seorang diri… dan adakala terhibur dengan watak Hannah dan Uwaiys…..ishk… susah la nak cakap… hehehe
Terasa dibuai-buai lak bila baca kisah mereka… tidak terlalu berat untuk di baca dan sangat santai…….
Pada yang ingin membaca cerita Novel ni, boleh layari di Penulisa2u.com.my tapi tak lengkap la sangat ceritanya…
>>KLIK SINI<<
Kalu nak tahu kesudahan Novel ni boleh la beli… harganya dalam RM16.00 sahaja… atau apa susah.. pinjam saja dengan kengkawan..
Tak rugi membaca….. hehehehe
X baik tau membenci suami….huhuhuhu….
@eyriqazz,
hoi……. kureng asam ko…..hahahaha
wahhhh nak cari buku ni 🙂
@ayuarjuna,
cari la kak.. memang berbaloi…hehehe
memula cam x mau beli sebab cover cam x best. tapi skrang ni suka sangat sebab best… ^^
@farra,
kannnnn…. besttt?? berbaloi kan??
dah baca lom ASST??hehehe
ASST tu citer ape?
@farra,
Awak Suka Saya Tak… hehehe
ramai cakap citer tu best…..
rm16.. biasa novel 20 keatas..
wah rajin baca buku busy mamy sekarang ni ceh ceh ceh..
@abu,
ni nipis jer.. kalu tebal jer RM20 ke atas…hehehe