Alhamdulilah… sedar tak sedar dah 44 hari mak saya pergi menunaikan HAJI bagi tahun 1345H.
Hari ni, Isnin bertarikh 03.11.2014 bersamaan 10 Muharram 1436H, mak saya bersama ateh dan mak teh pulang menunaikan haji.
Sekarang mak saya dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Madinah.
Tak sabar rasanya nak bertemu mak….
Menaiki penerbangan SV5112 yang berlepas pada jam 6.50 pagi (WAS) dan akan mendarat jam 8.20 malam (WM).
Semoga perjalanan mak saya bersama pakcik dan makcik saya selamat tiba….

Alhamdulillah..selamat pulang ke tanahair dan mendapat haji yang mabrur…In syaallah…