[DRAMA] Surgaku Tak Sempurna

Tetiba terlayan pula citer Syurgaku Tak Sempurna…..

Ni tengok kat HyppTV la….

Drama arahan Michael Ang dan skrip yang ditulis Ayuni Zamani ini akan berlangsung selama 30 episod dan akan mula ditayangkan di kaca televisyen HyppTV pada 16 Januari 2017 pada jam 9 malam ini. Drama ini turut menampilkan barisan pelakon yang berbakat seperti Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Aedy Ashraff dan ramai lagi.

Shah Iskandar memegang watak sebagai Tengku Zarif , seorang jejaka dari keluarga berada yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung. Ini adalah pertama kali Shah Iskandar memengang watak lelaki yang memperisterikan dua orang wanita.

Jikalau sebelum ini anda sering melihat Raja Ilya memegang watak antagonis, kali ini Raja Ilya akan membawa watak yang berbeza dengan dramanya sebelum ini. Raja Ilya akan melakonkan watak Zalia, seorang gadis kampung yang berkahwin dengan Tengku Zarif namun dibenci oleh ibu mertuanya, Tengku Zahara. Watak Zalia akan berubah daripada gadis kampung yang baik hati kepada gadis yang sanggup melakukan apa sahaja apabila dia kehilangan anaknya dalam satu kemalangan dan kemudian suaminya pula berkahwin dengan wanita lain.

Uqasha Senrose pula memegang watak sebagai Fariena yang juga sahabat kepada watak Tengku Zarif dan akhirnya menjadi isteri kedua kepada Tengku Zarif. Fariena digambarkan sebagai seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Tengku Zarif, anak yang manja dan sering mendapatkan apa sahaja yang diinginkan. Namun, semuanya akan berubah apabila dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkannya lumpuh.

Sesetengah episod drama hasil terbitan DarkWave Pictures Sdn Bhd ini telah menjalankan penggambaran di Yogyakarta dan turut menampilkan pelakon Indonesia. Bagi anda yang meminati Cakra Khan boleh mendengarkan lagunya, ‘Mencari Cinta Sejati’ yang telah dipilih sebagai lagu tema untuk drama ini.

Jangan lupa untuk saksikan drama ‘Syurgaku Tak Sempurna’ pada jam 9 malam nanti di saluran 116 hanya di HypptTV Sensasi.

*********************

Tak pepasal terlayan pula citer ni….

Sekarang dah masuk episod 23 dah…. hahaha….. makin lama makin syok lak.. Novel dia pun baca sikit jer.. macam kene beli jer…hahaha

Nak pinjam pun tak tahu siapa ada……

K la… kalau siapa nak layan.. boleh la cr kat google.. ramai kot org update pasal citer ni.. boleh la nak melayan kan…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply