Menjamu selera di Putra Permai Chicken Chop

Wah…..agak lama tak update blog ni… alahai…

Maaf ler.. kesibukan melanda di pejabat… tak ada masa sungguh la… tak per.. mari kita update juga walaupun 1 entry kan…hahahaha

Hari tu myIr ajak try makan chicken chop RM5… pueh la cari kat mana.. laaaa rupanya dekat je wey.. dekat area Bangi Gateway jer…. apa lagi.. pas jemput anak balik sekolah terus la pergi kan….

Nasi Ayam RM 2.90 sahaja
Mee Celup – RM 2.90 sahaja
Chicken Chop – RM 5.00 sahaja
Coconuc Shake – RM 5.00 sahaja

Murah kan???

Rasa???????? pergh sedap weiiiiiiiiiii

Nasi ayam nya walaupun murah… sedap.. dan x sikit dan x banyak..sederhana.. dan boleh la tuk alas perut kan…..

Anak-anak saya suka la kan kalau makan…

Harga murah.. dan sedap yang penting….

Tengok sendiri harganya.. bukan saya memandai-mandai tulis tau… memang harga nya macam tu…. berdasarkan tarikh saya pergi iaitu 21.02.2017

Jadi.. sapa nak pergi sila la pergi di Bandar Baru Bangi…. Belakang Pertronas Seksyen 15 yang ada SUBWAY…..

Alamat :

20-28, Jalan 15/1F, Seksyen 15, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Setiap JUMAAT TUTUP!

Malas nak cakap banyak… kang cakap saya menipu la apa la… try la pergi dan rasainya…

Selamat menjamu selera yek!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge