Pilihan Raya Umum ke 14

Ohw.. nampaknya.. tahun 2018 adalah tahun mengundi bagi rakyat Malaysia… Pilihan Raya yang ke 14..

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar.

Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil “psefologi“.

Jadi kalau sesiapa yang berminat dengna politik.. boleh la cuba-cuba semasa di U nanti.. lelama mesti boleh meneruskan bidang dalam politik di peringkat lebih tinggi..hik3

Jadi setelah PM mengumumkan 9 Mei 2018 iaitu hari Rabu hari mengundi.. ramai pihak tak berpuas hati…

Sebab?

Hari Rabu!! hari bekerja..  pada 2013 jatuh pada hari Ahad… dan banyak la spekulasi mengatakan nak elakkan orang ramai mengundi di kampuang halaman.. sebab tak leh cuti…

Tapi kalau di ikutkan.. dari tahun 1955 sehingga 2018 rupanya.. tarikh mengundi ada juga yang jatuh pada hari biasa

Ohw ya.. ayat bawah tu.. tak dapat la nak buang.. sebab ambik pun dari goggle.. hahaha.. jadi paste jerla kan…

Yang penting abaikan ayat bawah.. kita nak lihat Tahun dah Hari mengundi je..hik3

Jadi…. jangan lupa la semua mengundi ok… kali ni saya mengundi di Bangi sebab dah tukar alamat.. bukan lagi di Pandan..hik3

Yang penting.. 9 mei juga hari cuti kelepasan am tambahan… so anak-anak pun cuti sekolah.. jadi derang duk rumah sementara ibu dan ayah pergi buang undi..hik3

Hari Mengundi
RABU –  9 MEI 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

CommentLuv badge