PUTRAJAYA 6 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan buang kerja mana-mana penjawat awam yang didapati mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda apa-apa fakta dalam sijil berkenaan.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya berkata, tindakan itu diambil kerana melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4 (2)(f) dan (g), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Sijil cuti sakit yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta akan melayakkan penjawat awam mendapat kemudahan cuti sakit setelah dikemukakan kepada ketua jabatan.
“Bagaimanapun terdapat kecenderungan di kalangan penjawat awam mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda sijil cuti sakit bagi tujuan tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam surat edaran JPA kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan di sini hari ini.
Bagaimanapun dalam surat edaran itu tidak dinyatakan sejauh mana keseriusan kelakuan tersebut di kalangan penjawat awam.
Nota kaki : gulp………..masa swasta dulu rajin la wat… tp sejak keje ngan gomen.x berani la.kang x pepasal kene buang keje lak aku…huhu
uit! ramai yang tak jujur ni sampai keluar surat amaran
mungkin kurang kawalan kot x mcm kat swasta
.-= Luffy´s last blog ..CIRI WANITA YANG MENAWAN LELAKI =-.
@Luffy,
tul..swasta lain sikit…mcm mudah jer nak menipu..tp kerajaan AWAS… mereka akn selidik untuk pengesahan sama ada palsu atau tidak…
Hahah tak keje lagi =P
.-= Zida´s last blog ..Selamat Tinggal Semua. Babai. =-.
@Zida,
la..x keje ker?? hikhik… x yah keje la..kang mesti malas nak keje..sbb dh best duk umah…hahahaha
ya betul tu, nanti tak berkat gaji kita kan
.-= klcitizen´s last blog ..saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU =-.
@klcitizen,
tula…insaf sekejap sumi..sbb dulu pernah buat..huhuhu..
kali nie keje kerajaan, x berani woo…kang x pepasal kene buang kerje lak……huhu
mksdnya bnyk pekerja yang menyeleweng la ni. alala. nak lebih ketat peraturan tu
@kyuubi_85,
tu la..kene ketat kan lagi peraturan…huhu..
sbb mc swasta lagi senang nak tipu dr mc kerajaan tau.huhuhu