SEKITAR Pusat Sains Negara (PSN) kini diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur – reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.
`Serangan’ dinosaur di PSN itu merupakan sebahagian daripada pameran Dinos Alive yang bermula sejak 1 Disember lalu.
Ini bukan pameran biasa. Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup’ dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.
Ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.
Malah ngauman ngeri itu akan terus mengancam para pengunjung PSN selama enam bulan hingga Mei tahun depan.
Rasa macam nak bawa anak-anak pergi ke Pameran Dinosaur ni la…
Tetiba teringat zaman sekolah dulu pergi tengok Dinasour gak tapi kat Subang Prade masa tu…heheheeh
(Kredit picture ke Kimiein Fotopages)
Seronok tengok Keluarga Kimiein ni g k Pameran tu.. ingat nak g la bawa anak2 ke sana hujung minggu ni..
Kene bagi tahu my IR dulu.. sbb dengar macam nak g service kereta dulu. Tak per.. x dapat g ngan my IR g ngan Cik Norfa jer la….hehehe
Acara : Pameran Dinasour
Tempat : Pusat Sain Negara, Bukit Kiara
Tarikh : 1 Disember 2010 – 31 Mei 2011
Waktu pameran : 9 pagi – 5 petang
Harga tiket :
Dewasa (18 tahun ke atas) – RM10.00
Kanak-kanak (4 tahun hingga 17 tahun) – RM5.00
4 tahun ke bawah – PERCUMA
Pakej Keluarga (2D + 2K) – RM25.00
So..apa lagi.. jom bawa anak-anak pergi ke pameran ni…hehehe
Nota kaki : Yeah… leh tgk dinasour……hehehe
nuha percuma ni..harus kena terjah..
@eliss,
jom..jom elis… FREE kan??kan??
suh nuha jalan sensorang leh ker??hehehe
kene gak la bayar parents nya..hehehe
wah teringin nak g juga bawa anak2 buah ni.. ingat hujung minggu nak pi jalan2lah .
@myvitrd,
jangan..jangan… ko g minggu depan leh tak..
kang penuh la.. kak sumi nak g minggu nie…
muahahaha………..
kita dah pergi tp takde sampai 32 ekor..ada 2 ekor jek yg besar.hiks..kita pergi last week
@ciku,
la ye ker??
mana g lagi 30 ekor tu??
depa sorok ker?? huhuhu
@Sumijelly,
kita tak jalan ada satu tmpt ka tsitu…maybe depa sorok kat situ lg 30 ekor tu..hiks
@ciku,
ooooo….x per, kalu kak sumi sempat g, kak sumi cr lg 30 ekor tu…hehehe
best ni..mesti ternganga adam tengok.
tapi nak tunggu abis cuti skolah la
@isabelle,
pergi… pergi… sekali sekala…
kalu g time budak dah sekolah mesti tak ramai kot…hehehe
eeeiii, bestya… esok nak g lah(15.5.2011)… x sabar
@ainur serina,
pergi la… sebelum habis promosi pameran ni…