Sapa tak kenal Yusuf Taiyoob??
Gila ko tak kenal……… asal nak bulan puasa, iklan mengenai kurma nya amat kerap berkumandang di mana2 media…… tak kira, radioa, TV, suratkhabar…….
Asal pergi ke Pulau Pinang mesti akan lalu depan kilang Yusuf Taiyoob….. nampak jer kilang dia, terus teringat iklan kurma..hahahaha
Tetiba terdengar..dengar suara orang berbisik.. Yusuf Taiyoob.. ishk.. tak boleh blah la iklan dia.. memang suka denngar…
Keenakan buah kurma dari pantai timur….
Yusuff Taiyob……
Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya…
Yusuff Taiyob……
Buah kurma Safiya, Wasem, Safina dan banyak lagi, pasti menjadi pulihan anda setiap masa….
Pilihan ekslusif Yusuff Taiyob
Pas dengar jer iklan ni memang teringat yang Bulan Ramadan bakal menjelma…hik3
Macam tak lengkap pula kalu iklan dia tak kedengaran di mana2 radio atau TV…..hik3.. dah jadi sebati lak… Kurma lain tak der pula wat iklan macam ni…
Antara di sebalik nama2 buah kurma nya itu rupanya2 ada maksud tersendiri… Dia namakan buah kurma itu adalah sempena nama anak2 nya…..
PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 51 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Antara kisah pembabitan awal En Yusuf Taiyoob
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia,
Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan
aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Related
suka yang chocodate, sedap sangat
yup… kalu ada coklat, anak2 pun suka makan
iklan yang sangat berjaya. sampai hari ini terasa bahangnya.
betul… asal nampak jer yusuf taiyoob sure teringat kurma ni…….
Iklan yang meremang bulu roma.:-)