Tempat simpanan beras yang PERTAMA!

Dah lama teringin sekalli ingin membeli bekas tempat simpanan beras di rumah…. tapi tak pernah berkesempatan nak beli….

Dari dulu selalu belek-belek katalog Tupperware ni… dan selalu juga jeling-jeling ‘rice dispencer’ nya… nampak menarik dan comel jer…Percaya tak, selama 7 tahun berumah tangga saya tidak pernah pun memiliki bekas simpan beras yang memang khas untuk beras.

Dulu saya menggunakan bekas plastik yang murah dan simpanan dalam tu, tapi di sebabkan ada cik CT datang menyerang bekas tu, langsung saya tak pakai dan letak beras tu di   luar sahaja. Hanya gunting plastik atasnya dan guna apabila di perlukan aja…

katalog tupperware rice dispencer

Jadi dengan bersungguh-sungguh saya ingin juga memiliki bekas simpanan beras dari jenis Tupperware ni…

Harganya RM288.00 seunit... adehh… nampak mcm murah bg orang yang ada duit banyak la.. macam saya ni, kene fikir 2-3 kali untuk membeli…hahahaha,…..

So, dengan semangt kesukanan ….hahaha.. simpan duit sikit-sikit, lama-lama jadi bukit… akhirnya pada hari sabtu lepas berjaya gak saya menjejakkan kaki ke kedai Tupperware. Alhamdulilah.. sekarang sangat senang nak g membeli barang Tupperware sebab kedainya hanya dekat kawasan rumah saya sahaja!

tupperware rice dispenser

Wah…dapat jer barang ni terus saya masukkan beras….. tapi selepas masukkan beras baru perasan banyak sungguh kutu rayau dalam beras… dan dengan cepat-cepat keluarkan balik beras dan jemur dahulu…

Dengan baik hati, my IR la tolong halau kutu rayau tu dulu sebellum masukkan kembali beras dalam bekas ni….

Bekas beras ni sangat best rupanya sebab dia tak licin pun bila letak atas meja rumah saya. So kira tak derla risau dek kenakalan anak-anak saya untuk menolak-nolak bekas beras ni…hehehe

tupperware rice dispenser free gift

Dan dengan pembelian bekas beras ni, saya dapat hadiah percuma 2 jenis barang. Iaitu sudip nasi dan juga bekas mangkuk kecil sebanyak 6 bekas. perghh….sangat seronok!! sebab sangat sesuai untuksaya yang memiliki anak-anak yang sangat lasak, di mana suka membaling segala pinggan mangkuk bila mengamuk…hahaha

Jadi kebarangkalian untuk pecah sangat susah la kan bila pakai mangkuk dari brand tupperware ni….

tupperware rice dispenser old

Sebenarnya saya mencari tempat bekas beras seperti gambar di atas ni. Mak saya di Pandan Indah sudah memilikinya…. dan masih berguna sehingga kini.

Bekas ni tak silap saya desgin lama kot… tu yang keluar bekas baru yang berwarna merah putih tu. Jenis yang lama ni boleh menampung sebanyak 12kg beras dan di reka sama seperti yang baru yang menggunakan kan konsep FIFO juga.

Belkas simpanan beras yang lama ni harganya seunit dalam RM319.00..mahal la sikit sebab dia 12kg kot… tapi tak perla… memana rupa pun boleh jer… sebab sama jer…hehehe

Maka dengan ini, jadilah bekas simpanan beras saya yang PERTAMA sejak 7 tahun berumah tangga ..hahaha

Jadi sekarang sudah ada, tak derla nak jeling-jeling lagi katalog tupperware tu kannn….hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

  1. ieda January 16, 2012
    • Sumijelly January 17, 2012
  2. huda January 16, 2012
    • Sumijelly January 17, 2012
  3. hazman aka species1980 January 16, 2012
  4. Myvitrd January 16, 2012
    • Sumijelly January 17, 2012
  5. puanbee January 16, 2012
    • Sumijelly January 17, 2012
  6. ninie February 2, 2012
    • Sumijelly February 3, 2012
  7. Azwan February 4, 2012
    • Sumijelly February 7, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge