Menjamu selera di Mr. Kabab & Biryani (Makanan Tradisi Arab dan Pakistani)

Hari ni saya bercuti…yeahhhhh….Saya tahu negeri lain masih bekerja, Jadi saya nak bercerita pasal kedai makanan yang pernah saya makan.

Ini kisah yang telah lama berlalu, tak sempat nak update, jadi apa kata saya update sebab nak bagi tahu, saya dah pernah pun merasa makanan di sini..hehehe

nasi arab

Mr. Kabab & Biryani (Makanan Tradisi Arab dan Pakistani)

No.42,44,46, Jalan Diplomatik 3/1,
Presint 15,
62050 Putrajaya

Restoran ini terletak sebaris dengan Bank Rakyat Cawangan Putrajaya, lebih kurang belakang Mydin kot..hehehe. Maklum la masa saya pergi tu waktu malam. Dah tak thau nak makan apa dan teringin pula nak menjamu selera di Restoran Arab..hehehe

nasi arab

nasi arab

Lihat la anak bujang saya, begitu tekun melihat Menu… tapi nak pilih semua lak tu **fengsan

Setakat tunjuk-tunjuk pas tu nanti dah beli tak makan baik tak payah. Meh la Ibu yang pilih sebab leh gak ibu makan..hehehehe

nasi arab

Sambil pegang Huzaiman yang comel sambil tunjuk menu yang nak di makan.

Mestila saya pilih AYAM… mana reti makan kambing atau daging..heheheh. Anak-anak ikut selera ayahnya, KAMBING. So, tak perlu la berebut dengan ibu, sebab leh makan sensorang ayang sampai habis…hahahaha

nasi arab

Ini adalah air minuman untuk 5 orang. Milo dan juga air Mangga. Air mineral di sponsor oleh TESCO…hehehe

Baik bawa jer air mineral dari rumah, beli kat kedai macam tu, konpem 1 botol RM2 padahal airnya sama jer… jimat..jimat…

nasi arab

Kentang goreng – RM 4.00

Khas untuk anak-anak makan sementara nasi sampai… tapi nasi sampai jer pun ngam-ngam habis.. nampak sangat macam lapar kan?? hehehe

nasi arab

Grilled Chiken with Mendy Rice – RM13.00

Ni nasi saya yang punya… nasi nya sangat banyak, leh makan untuk 2 orang… jadi sangat sesuai untuk saya yang mempunyai anak yang ramai kan…. Jimat sikit..hehehe

nasi arab

Lamb Mendy Arabic – RM 15.00

Ha..hidangan ini pula mestila my IR punya. KAMBING… kegemarannya dan juga anak-anak. Habis la saya, sejak anak-anak suka makan kambeng, saya susah nak buat pilihan sebab mereka lebih gemar makan di gerai mamak yang mempunyai daging KAMBING..huhuhuh

Nanti nak ajak la Huzaiman makan ayam jer.. supaya ada juga kawan nak g makan KFC..hehehe

nasi arab

Ini lah gaya anak bujang yang macam tak pernah dapat air milo kat umah. Kedai pun milo, rumah pun milo… ishk… pilih la air best-best sikit. leh gak ibu tumpang sekaki..hehehe

nasi arab

JUMLAH : RM43.00

Jumlah keseluruhan makanan untuk 2 dewasa + 3 kanak-kanak + 1 bayi. Em… ok ker?? hahaha… sangat murah kan? Di sebabkan anak-anak jenis tak makan banyak, mereka hanya suka makan bila di suap.. jadi murahla kann??

Teringin nak pergi tapi nak tahu apa menunya? Ni saya letakkan menu nya sekali.. meh la tengok, mana tahu teringin nak g tapi nak wat budget ker kan…hehehe

nasi arab

nasi arab

 

nasi arab

Ada lagi menunya, tapi tak sempat nak ambik gambar, sebab ramai lak orang pandang-pandang saya sedang ambik gambar kat menu.

Lagi pun kalu hidangan dah sampai, sumer benda pun leh lupa kan.. hehehe

nasi arab

Jangan lupa yek makan di sini. Mana tahu anda boleh buat review macam saya juga. Tapi yang nyata, nasi nya memang sedap serta lauk KAMBING tu sangat lembut.

Okla.. nanti saya akan ceritakan pula tempat makan lain iaitu RestoranAl Rawsha yang terletak di Kampung Pandan..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

  1. stormz February 1, 2012
    • Sumijelly February 1, 2012
  2. eliss February 1, 2012
    • Sumijelly February 1, 2012
  3. hazman aka species1980 February 1, 2012
  4. Cik Norfa February 2, 2012
  5. mrs adam February 2, 2012
    • Cik Norfa February 2, 2012
    • Sumijelly February 3, 2012
  6. Mizs Chy February 2, 2012
  7. siti aisya June 25, 2012
  8. Tyna July 10, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge