Hari Pertama Zulfadhli bersekolah rendah

Alhamdulilah…minggu ni adalah minggu persekolahan bagi sesi 2016….

Hari Isnin lepas adalah hari pertama Zulfadhli bersekolah.. jadi pepagi semangat bangun pagi nak ke sekolah… tapi memula kene g sekolah agama dulu…

Pepagi ada perhimpunan.. baca doa, selawat serta surah2 sebelum memulakan sesi persekolahan…

Kali ni Zulfadhli ada Iskandar untuk perhatikan dia.. masa Iskandar Darjah 1, Danial darjah 4, jadi tak sama sesi persekolahan nya…

Selepas sekolah agama, bersiap ke sekolah rendah pula…naik van sekolah ke situ…

Beratur mengikut kelas sebelum masuk ke kelas..

Kali ni saya banyak perhatikan Zulfadhli berbanding masa abang-abang nya sibuk duk sebelah nya..hahaha

Bila time rehat.. Zulfadhli sibuk nak makan mee kari..

Jadi suruh dia beli sendiri.. nak tengok tahu tak baper RM kan? mujur RM1 aja.. sebab ada sesetengah harga dalam RM2.50 ..agak mahal untuk pelajar sekolah rendah…

Tak sangka terjumpa kawan masa bersekolah PASTI dulu.. cuma dia kelas lain…

Dah jumpa.. macam-macam la borak nya.. lagak seorang kawan sudah lama x bertemu..hehehe

Kemain dalam kelas.. borak-borak…

Kali ni ramai ibubapa tak menunggu tepi-tepi kelas.. berbanding tahun-tahun sudah…mungkin guru-guru dah beri ingatan jangan berada di kawasna sekolah kot…

Setelah 1/2 hari berada di sekolah rendah… baju pun dah terkeluar-keluar… tapi masih keadaan bersih tak kotor..

Alhamdulilah.. saya perhatikan Zulfadhli amat mudah menyesuaikan diri.. dan cepat belajar… harap2 dia dapat menerima persekitaran baru dan belajar rajin-rajin….

Itulah kisah Zulfadhli di hari pertama persekolahan…hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply