Apam Balik D’Langat

Pernah dengar tak APAM BALIK D’LANGAT?

Terletak di Hulu Langat Batu 10… selepas Masjid Hulu Langat….

Apa yang menarik nya apam balik ni?

Yang menariknya.. sebab bila setiap kali nak jenguk Danial mesti lalu depan gerai nya…. jadi dapat la beli…hehehe

Tak la.. yang menariknya.. APAM BALIK CRISPY nya besar, rangup dan murah…..

Nampak tak betapa besarnya apam balik nya…

Banyak…. dah kalau nak tahu harganya hanya la RM1.00 sahaja……. murahhhhhhh nyaaaaaaaaaa

Selain apam balik… ada juga di jual benda lain…

Peniaga tu cakap macam dorayaki… mcm kek sponge la kot… tak pernah beli… seketul tu harganya RM0.50 sahaja….

Besarkan apam balik nya?

Suka beli… kalau beli mesti 5 keping… anak-anak suka la makan.. krupkrap..krupkrap dalam kete, sedar2 dah habis…

Jadi mana nak dapat apam balik besar, rangup dan murah… sekarang ni yang kecik jer pun dalam RM0.90 rasanya…. betul tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge