Polis puas hati siasatan kes dadah
KUALA LUMPUR: Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, 41, atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff yang ditahan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah di sebuah rumah di PJS7, Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pelakon komedi itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas keterangannya diambil. “Tempoh tahanan reman pelakon itu dan kawan-kawannya tamat hari ini (semalam) dan polis berpuas hati dengan siasatan setakat ini. Walaupun mereka dibebaskan, tidak bermakna siasatan sudah tamat.
“Polis akan terus melakukan pemerhatian terhadap semua suspek,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam serbuan di rumah itu kerana mengambil dadah bersama rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.
sumber : berita harian
nota kaki : apa nak jadi artis sekarang ni?
moga dia dapat mengubah nasibnya semula
.-= klcitizen´s last blog ..Membayar ufti. =-.
@klcitizen,
tu la..harap2 x menjejeaskan kegiatan seni dia.. dia amat berpotensi untuk maju ke hadapan lagi…
tak tahu nak cakap apa….
Tak kesian ker kat anak?
Apek… apek…
.-= maslinamansor´s last blog ..Nak ikut stail nie ker…? =-.
@maslinamansor,
tp dgr citer di di sabotaj oleh org2 tertentu…
harap apek tidak di sabitkan bersalah… kalu bersalah..memang x dpt nak cakap apa la…
Dia sentiasa menceriakan kitasekian lama, jadi adalah tidak adil kita terus-terusan menghinanya. seelok-eloknya kita doakan agar dia insaf dan kembali ceria semula. Diapun manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Buat Apek, insaf dan sedarlah kesalahan anda. Anda tidak kalah bila berada di bawah tetapi anda kalah sekiranya anda tidak bangun semula. Perkara yang dah berlalu biarlah berlalu, jangan ulangi kesalahan itu. Jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jangan ambil jalan pintas sebaliknya bertaubat agar anda dirahmati Allah.
@zue,
tu la…. dia kelakar..tp x sangka la pulak mcm tu kan..
susah gak nek mengagak seseorang punya peragai kan??
apa2 pun semoga apek berada di tempat yg benar…