Bermula la episod belajar hidup berdikari untuk Danial

Waah…sedar tak sedar rupanya hari ni dah 14 hari di bulan Januari… kiranya dah dekat 1 minggu Danial duduk di asrama…sob..sob..sob

Sebenarnya… Danial saya dah hantar dia belajar Tahfiz di salah sebuah sekolah Tahfiz di Ulu Langat jer…

04 Januari 2017 – Rabu

Semua barang dah pack…

Duduk di asrama… balik time cuti sekolah jer.. belajar TAHFIZ sampai berjaya ok!

Hari pendaftaran… dapat katil dan locker untuk simpan barang-barang…

Harap-harap Danial dapat bawa…. boleh bimbing adik2 pula lepas ni…

08 Januari 2017 – Ahad

Selepas 4 hari di tinggalkan… datang hari ahad untuk outing…

Tambah apa yag kurang dan tanya apa yang tak selesa… so far Danial jawab semua ok…

Saya harap memang ok yang di maksudkan itu adalah ok yang tiada masalah… jadi nanti lagi 2 minggu ibu datang lagi yek…

Makin sunyi dah rumah.. selama ni dia la yang bantu ibu sidai baju, tolong jaga adik….. semoga dapat belajar ilmu agama dengan sebaik mungkin.

NOTA :
Saya tak akan share lokasi tempat belajar anak saya untuk kali ini.. jika sesiapa ingin tahu.. boleh emel terus ke saya. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply